Terlebih dahulu pakcik ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sudi mengunjungi blog pakcik yang tak seberapa ni. Tujuan pakcik mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi buah fikiran pakcik tentang isu-isu semasa, agama dan kekeluargaan . Bukan untuk bergossip tau !! ianya sekadar untuk pengajaran dan iktibar..
"Ini Bukan Pakcik Yer... "
Pakcik & Family
Isteri Pakcik | Makcik Laili
Puteri Pakcik | Nur Dania Danisya
Berkenaan dengan kerjaya pakcik pula, pakcik seorang yang suka bekerja dengan pendapatan based on komisyen.. memang tak boleh bekerja dibawah orang lain.. tension kepala pakcik !!.. lebih bebas dan sangat flexible..
Setakat ni pakcik mempunyai 2 income dari kerja yang pakcik buat.. dan untuk tahun baru ni pakcik bercadang nak tambah lagi 2 cabang perniagaan supaya dapat 4 income sebulan.. wow!! macam tamak jer pakcik ni.. Bukan tamak dik oiii.. bila dah kerja makan komisyen ni, kena rajin sikit..kalau tidak, tak cukup nak bayar hutang sana-sini..
Rasanya cukup dulu info tentang latar belakang pakcik.. yang sudi membaca sampai habis ni, pakcik ucapkan terima kasih banyak la yerr... sayang korang semua !! kbye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan