Jumaat, 11 Januari 2013

WOW ..Uniknya Unit Trust !!



Uniknya Unit Trust !!



Baiklah, disini saya nak menerangkan kepada semua betapa uniknya pelaburan unit trust ini. Saya memang teruja untuk membongkarkan kepada anda semua tentang konsep pengumpulan unit ini. Sebab ramai yang tidak tahu apakah itu pelaburan Unit Trust ni..

Sebelum membaca saya nak anda pilih, jika anda diberi pilihan, jumlah wang mana yang anda nak?
a. RM6,000
b. RM15,000
P/S: Jika anda pilih jawapan a. Tak perlu baca nota ni.. TQ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bagi yang jawab b, selamat membaca okay..

Sebelum tu, saya nak tanya.. berapa ramai yang sudah tahu tentang simpanan Tabung Haji, Fixed Deposit, ASB dan lain-lain lagi?? Kalau korang dah faham baguslah.. senang sikit kerja saya.. (",)

Secara ringkasnya, setiap kali kita membuat simpanan didalam Bank untuk tempoh yang tertentu, pihak bank akan memberi pulangan (dividen) kepada semua penyimpan setiap tahun.. Banyak atau sikit dividen yang diterima bergantung kepada performance aktiviti pelaburan yang dibuat oleh pihak bank tersebut.

Ya !! pihak bank juga menggunakan duit simpanan kita untuk membuat pelaburan untuk menjana keuntungan..dan keuntungan itu akan diagihkan kepada kita sebagai dividen..Semakin banyak keuntungan dari pelaburan pihak bank, makin banyaklah dividen yang kita akan perolehi.. dan semakin lebarlah senyuman kita kan?? hehehehe..

Jadi apa bezanya simpanan biasa berbanding Unit trust??

Saya buat perbandingan mudah antara Pelaburan di bank A dan Pelaburan Dalam Unit Trust yerr..

****************************************
"Encik Ahmad mempunyai RM20,000.. Dia bercadang memasukkan separuh dari duitnya kedalam Bank A dan separuh lagi dalam pelaburan Unit Trust"

Perbandingan 1 : Pelaburan DI BANK A.

Encik Ahmad memasukkan RM10,000 di bank A dan beliau menyimpan selama 5 tahun. Diandaikan pihak bank memberi dividen 11% setahun selama 5 tahun berturut-turut.

Tahun 1 : 10,000 x 11% = 11,100
Tahun 2 : 11,100 x 11% = 12,321
Tahun 3 : 12,321 x 11% = 13,676
Tahun 4 : 13,676 x 11% = 15,180
Tahun 5 : 15,180 x 11% = 16,850

Setelah 5 Tahun, Encik Ahmad mengeluarkan kesemua wang simpanannya yang bernilai RM16,850.

Keseluruhan : RM16,850
Simpanan Asas: RM10,000
Keuntungan : RM6,850
Peningkatan selama 5 tahun : 68.50%

# Jelas tak dengan penerangan ini?

Perbandingan 2 : PELABURAN Di Unit Trust

Encik Ahmad memasukkan sebahagian lagi duitnya berjumlah RM10,000 kedalam Unit Trust. Ketika itu harga pasaran ialah RM0.25/unit dan beliau juga membiarkan pelaburannya selama 5 tahun. Di andaikan beliau memperolehi agihan tahun pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima sebanyak 3.7%,5.4%,5.1%,11% dan 18,4%.

RM10,000 @ RM0.25 seunit = 40,000 unit

Tahun 1 : 40,000 x 3.7% = 41,480
Tahun 2 : 41,480 x 5.4% = 43,720
Tahun 3 : 43,720 x 5.1% = 45,949
Tahun 4 : 45,949 x 11% = 51,003
Tahun 5 : 51,003 x 18.4% = 60,387

Setelah 5 tahun, Encik Ahmad menjual kesemua unit pelaburannya ,diandaikan pada waktu itu berharga RM0.4248 seunit.

Keseluruhan Unit : 60,387
Harga Seunit : RM0.4248 x 60,387 = RM25,652.40
Keseluruhan : RM25,652.40
Pelaburan Asas: RM10,000
Keuntungan : RM15,652.40
Peningkatan selama 5 tahun : 156%

# Jelas tak dengan penerangan ini?

KESIMPULANNYA: Dengan sejumlah wang yang sama iaitu RM10,000 kita mendapat 2 keuntungan yang berbeza .

Di Bank A kita peroleh untung sebanyak RM6,850
Di Unit Trust kita peroleh untung sebanyak RM15,652

Jika pilihan ditangan anda, Keuntungan mana yang anda suka?? Di Bank A atau Unit Trust??

****************************************

Apa yang menarik tentang pelaburan unit trust ini ialah kita boleh menikmati faedah dari dua cara iaitu:

1) Keuntungan dari agihan (distribution) setiap tahun (jika ada).
2) Keuntungan dari perbezaan harga seunit dari harga belian dan harga jualan.

Seperti dibank, pelaburan dalam unit trust juga mudah untuk dicairkan, sekiranya pelabur menjual unit mereka, hanya perlu tunggu 7 hari (termasuk sabtu dan ahad) untuk menerima cek mereka.

Kita mempunyai banyak cara untuk memulakan pelaburan kita dalam Unit Trust:
1. Secara tunai dengan pelaburan awal sebanyak RM1,000.
2. Melalui pengeluaran KWSP akaun 1.

Pelaburan Unit Trust merupakan pelaburan jangka panjang iaitu dari 3 tahun keatas. Makin lama anda melabur, makin banyak unit-unit terkumpul anda.

Setakat ini yang boleh saya kongsikan tentang Unit Trust.. mungkin boleh share pendapat anda di komen.. TQ \(",)/

Selasa, 8 Januari 2013

Serangan Jantung Boleh Berlaku Bila-Bila Sahaja..

Salam Semua..


~ Gambar Hiasan ~

Pernah tak korang terfikir bagaimana sekiranya korang diserang sakit jantung !! tak kiralah sama ada serangan major or minor.. SERIUS memang sangat BAHAYA !!

Pakcik tengok secara LIVE didepan mata pakcik bagaimana penunggang motosikal secara tiba-tiba pengsan ketika memandu dan mengakibatkan beliau terjatuh dan terseret sejauh kira-kira 10meter..mujur ketika itu penunggang tersebut memandu tidak laju dan tiada kenderaan dibelakangnya.

Pakcik yang berada ditraffic light dari arah bertentangan terus cross kelorong sebelah untuk memberi bantuan. Kami sama-sama mengangkat mangsa yang pengsan  ke bahu jalan. Pakcik terus hubungi 999 untuk minta bantuan kecemasan.

Setelah beberapa minit, mangsa tersedar dan dalam keadaan bingung. Bila ditanya,dia mengadu sakit di dada. Pakcik meminta dia baring dan bertenang sementara ambulans datang.

Kita harus ambil iktibar okay..amalkan cara hidup sihat yer.. yang merokok tu, jom follow pakcik yang dh 3 bulan berhenti merokok ni.. kbye..





# Yang baju merah tu lah pakcik.. si kepoh..kikikiki

Tanda-tanda awal sakit jantung:

Berikut merupakan senarai tanda-tanda awal serangan sakit jantung yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada anda berkemungkinan mengalami serangan sakit jantung.

• Rasa susah nafas atau sesak nafas
• Rasa nyeri atau sakit yang pelik pada bahagian-bahagian badan seperti lengan,
bahu, punggung, mahupun gigi dan rahang.
• Rasa mual dan muntah-muntah
• Rasa sempit dan tertekan pada bahagian tengah ruang dada yang berterusan
untuk beberapa minit
• Berpeluh sejuk
• Pening kepala dan rasa hendak pengsan


Gejala serangan sakit jantung adalah berlainan di antara individu.

 Sebenarnya, kebanyakan serangan sakit jantung adalah berlainan daripada apa yang kita lihat di wayang filem. Terdapat juga orang yang melalui serangan sakit jantung tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda awal sakit jantung yang menyebabkan mereka meninggal dunia semasa tengah tidur.

Serangan sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sakit jantung yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi kebanyakannya kes adalah di mana mangsa tersebut dapat merasai tanda-tanda atau gejala awal tersebut lebih awal.

Apa Yang Perlu Lakukan Semasa Serangan Sakit Jantung?

Apabila seseorang itu mengalami sakit jantung, tindakan segera perlu diambil demi keselamatan nyawa mangsa.

Ramai mangsa sakit jantung mati akibat daripada lambat bertindak kerana mereka tidak mengenali tanda-tanda penting.

Sebaik sahaja anda rasa sesuatu yang pelik dan anda sangsi anda mungkin mengalami serangan
sakit jantung, jangan ragu-ragu, hubungi nombor kecemasan dengan segera untuk dapatkan bantuan perubatan ambulans.

Jika tiada perkhidmatan ambulans, JANGAN cuba bawa kereta ke hospital seorang diri. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau jiran untuk hantar anda ke hospital berdekatan. Memandu semasa tengah mengalami serangan sakit jantung adalah sungguh berbahaya
kepada nyawa diri dan orang lain.



Anak Dulu Terbaring Kini Mampu Duduk


Anak Dulu Terbaring Kini Mampu Duduk

“ Anak saya, Ahmad Absyar Muzamir Abdul Maleq, 3 tahun , dilahirkan tidak cukup bulan ketika kandungan saya baru berusia lapan bulan sehingga dia disahkan menghadapi masalah saraf yang menimbulkan pelbagai komplikasi penyakit.” Kata Noramalia Husin 38, dari Sungai Petani Kedah.

Normala berkata, semasa anaknya dilahirkan, dia mendapat tahu Ahmad Absyar menghid...ap kira-kira 12 penyakit akibat dilahirkan tidak cukup bulan termasuk darah beku dalam kepala, masalah mata dan buah pinggang.

Katanya, sejak itu anaknya mengalami masalah perkembangan fizikal dan mental tidak seperti bayi lain yang sudah mampu merangkak atau berdiri ketika berusia setahun, sebaliknya anak bongsu daripada lima beradik itu hanya terbaring sahaja.

Dia seolah-olah sangat sakit kerana dia akan terbaring semula apabila saya cuba mengajar dia untuk duduk, malah tidak boleh untuk merangkak atau mengesot.

“ Keadaan Ahmad Absyar ketika itu memang membuatkan saya risau. Perkembangan dia tidak seperti bayi lain. Ahmad Absyar seperti terkulai dan tidak mampu bergerak membuatkan saya rasa sedih dan kasihan melihatnya”, Katanya.





Noramalia berkata, hamper setahun dia berulang-alik membawa anaknya itu ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana dia tidak pernah mencuba atau mencari penawar lain sehingga bertemu Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Katanya, Dr Che Rozmey menyarankan supaya dia mencuba produk dR101 keluaran dRG terlebih dahulu sebagai percubaan untuk melihat hasilnya kerana percaya anaknya menghadapi masalah saraf yang membuatkan minda dan perkembangan fizikal agak terjejas.

“Dalam tempoh 4 hari mengambil produk ini, saya sangat terkejut kerana anak saya sudah boleh duduk dan tidak lagi terbaring. Dalam tempoh lima bulan seterusnya, Ahmad Absyar sudah berupaya untuk merangkak dan berjalan walaupun masih tidak stabil.”

“Menjengah usia dua tahun, anak saya baru boleh bertutur walaupun tidak banyak perkataan, namun ia cukup membuatkan saya gembira kerana Ahmad Absyar tidak lagi seperti awal kelahirannya. Sehingga kini dia masih memberikan produk dR101 selepas mendapati produk berkenaan amat bagu untuk perkembangan minda anaknya”.

## Dapatkan Produk Yang Original Dari Pengadar dR Rozmey Group Yang Sah Sahaja. Kebanyakkan produk yang dijual di pasaran terbuka sekarang termasuk kios, pasar raya, took jamu, salun kecantikkan sera kedai ubat boleh merosakkan buah pinggan, jantung dan hati hingga boleh mengundang MAUT ##

Hubungi Farid Sham untuk tempahan produk ||017-2754645||

Untuk info produk yang lengkap klik disini.

Ahad, 6 Januari 2013

Menurut NASA, ribut Tropika Sonamu dijangka akan melanda Pantai Timur Malaysia pada 8 Januari (Selasa) pada kelajuan kira-kira 65KM Sejam


NASA Mengesan Ribut Tropika Sonamu di Laut China Selatan

Sonamu telah meninggalkan Filipina dan Palawan di belakang dan imej satelit NASA menunjukkan ribut dipergiatkan ke dalam ribut tropika sambil bergerak melalui Laut China Selatan timur.

Pada Januari 4, 2013 pada 0535 UTC (00:35 EST), imej kelihatan Ribut Tropika Sonamu telah ditangkap oleh Resolusi Sederhana Pengimejan Spectroradiometer (MODIS) instrumen yang lalat kapal satelit Aqua NASA.

Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC) menyatakan bahawa sesetengah imej satelit inframerah animasi menunjukkan perolakan pusat berterusan sejak peringkat rendah peredaran pusat dan beberapa formatif berpecah banding sepanjang bulatan separuh utara.

Menjelang 1500 UTC (10:00 EST / AS), angin maksimum berterusan Sonamu telah meningkat kepada hampir 35 knot (40.2 mph/64.8 kph). Pusat Sonamu terletak berhampiran 8,9 utara latitud dan 113,2 longitud timur, kira-kira 430 batu nautika (494,8 km / 796,4 km) timur-tenggara Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam. Sonamu bergerak ke barat pada 14 knot (16.1. Mph/26 kph) dan dijangka terus dalam arah yang umum bagi pasangan seterusnya hari dengan pusatnya tinggal di perairan terbuka kerana ia pas selatan Vietnam.

Extreme selatan Vietnam, dari berhampiran Ho Chi Minh City selatan mungkin merasa kesan pinggir luar ribut, dengan angin Berangin ribut, hujan lebat, dan kasar keadaan pantai.

Peramal JTWC menjangkakan bahawa Sonamu akan memuncak dalam intensiti kadang-kadang pada Jan 5 dan kemudian melemahkan sebagai kenaikan ricih angin menegak.

Sonamu dijangka beralih ke selatan-barat daya dan membuat pendaratan awal minggu depan di timur pusat Malaysia.


Persediaan Pakcik Untuk Tengok AJL 27 !!

Salam semua sahabat.. malam ni memang pakcik excited sangat sebab ada AJL27.. lagi best sebab makcik pun ada kat rumah.

So malam ni, pakcik suruh makcik gorengkan makanan peberet pakcik iaitu tempe goreng, tauhu goreng dan juga jagung rebus..

Tauhu yang bakal digoreng..

 Jagung yang sedang direbus..emmm yummy !!

HaH.. nilah tempe peberet pakcik !!

Nilah hasilnya !!

 Ni geng nya yang sedang di goreng..

Jangan meleleh air liur tau !!hahahahaha

Bukan tak nak beli snak2 , tapi rasanya lebih bagus makan makanan yang kurang perasa tiruan kan?? hehehhe.. apa pun enjoy yer malam ni.. hopefully artis dan lagu peberet korang MENANG AJL 27 malam ni !!

Skim Rumah Pertamaku - Had pendapatan RM5,000



5 Jan 2013 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri selepas had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan.

"Had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku naik kepada RM5,000 dari RM3,000. Lebih ramai rakyat patut mampu memiliki rumah sendiri," katanya menerusi laman sosial Twitternya, hari ini.

Semalam, Cagamas SRP Bhd. dalam kenyataan berkata, berkuatkuasa 1 Januari 2013 lalu, had pendapatan bagi memohon pinjaman Skim Rumah Pertamaku dinaikkan bagi membolehkan lebih ramai pembeli memiliki rumah.

Kata Cagamas, kenaikan tersebut merupakan satu daripada kriteria kelayakan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan Perdana Menteri dalam pengumuman Bajet 2013 baru-baru ini.

Dalam pada itu jelas Cagamas lagi, had pendapatan peminjam bersama pula dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan dengan syarat salah seorang peminjam tidak boleh berpendapatan lebih RM5,000 sebulan.

Tidak cukup dengan kenaikan itu, keperluan untuk menyertakan penyata bank bagi tempoh tiga bulan dan tempoh bekerja minimum selama enam bulan bagi peminjam bersama turut dihapuskan.

Selain itu, peminjam juga boleh mendapatkan pinjaman 100 peratus tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus dengan Cagamas bertindak selaku penjamin untuk 10 peratus nilai awal pinjaman di bawah skim tersebut.

Maklumat lanjut mengenai pinjaman boleh diperoleh di bank-bank terbabit atau layari laman web www.srp.com.my.


Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar akan ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu akan dimansuhkan berkuat kuasa dengan serta merta. Perubahan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.



Ciri-ciri dan Faedah Utama


Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

•Pembiayaan sehingga 100%  

•Harta kediaman sahaja


Kriteria Kelayakan


Peminjam/Pelanggan Yang Layak

•Warganegara Malaysia sahaja 

•Pembeli rumah pertama

•Individu berumur tidak lebih daripada 35 tahun

•Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada  RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)

•Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah


Harta Yang Layak

•Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia

•Nilai minimum hartanah RM100,000

•Nilai maksimum hartanah RM400,000

•Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)


Keperluan Pembiayaan

•Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 40 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan
•Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
•Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
•Insurans/takaful kebakaran diwajibkan



Bank-Bank Yang Terlibat Seperti Berikut :


Anda Anda Persoalan?? Klik disini untuk jawapan anda.

Pakcik doakan korang berjaya memiliki rumah PERTAMA korang okay !!











Sabtu, 5 Januari 2013

Siswi Universiti Malaya Dipercayai Hilang !


Siswi Universiti Malaya Dipercayai Hilang !


[sama2 membantu, ~ Sebarkan segera !]

Berikut adalah maklumat mengenai seorang mahasiswi Universiti Malaya Kuala Lumpur yang sehingga kini masih tidak ditemui dan tidak dapat dihubungi ahli keluarganya :

Nama : Siti Shahira Zakaria
Jurusan : Pelajar Tahun 1 FSKTM Universiti Malaya
Kediaman : Penghuni Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya

Kronologi kes : Kakak kepada Siti Shahira Zakaria telah menghantarnya pulang ke Kolej Kediaman Ketiga UM kira-kira dalam jam 9 malam. Sesampai sahaja di kolej, beliau meminta kakaknya membawanya ke Mesin Atm (Bank Islam) di UM.

Namun disebabkan kekalutan kerana ingin menyediakan persiapan persekolahan anak, kakaknya meminta beliau pergi sendiri ke sana.

Dan pada mlm 3/1/2013, kakak beliau datang ke bilik untuk berjumpa dengan adiknya kerana telefon bimbitnya tidak dijawab berkali-kali. Ahli sebiliknya juga mengatakan bahawa beliau tidak pulang sejak sekian lama. Keadaan menjadi semakin cemas, tetapi ade orang yang ternampak kelibatnya pada pagi 2/1/2013 di surau kolej.

Pada malam 3/1/2013, 'spot check' telah dilakukan di setiap blok perempuan kolej oleh pihak kolej dan soal selidik dilakukan terhadap rakan dan rakan sebilik beliau. Dan semalam (4/1/2013), satu sesi solat hajat telah dilakukan di masjid IPG. Sehingga kini, beliau msih dalam pencarian. Pihak atasan (HEP) sudah dimaklumkan dan kawalan di UM sedang diperketatkan.

Mohon bantuan semua pihak !

Sekiranya ada maklumat atau pertanyaan, hubungi :

1) 0169345286 (Ibu mangsa)
2) 0132997954 (Bapa mangsa)

~ Sebarkan segera !
sumber; Berita Universiti

MInta Tolong Kesan Pakcik Ini..


Sekiranya terjumpa dengan pakcik ini, minta hubungi balai polis berdekatan @ terus menghubungi ahli keluarganya di talian 016-4420667. Kerjasama yang diberikan mungkin meringankan beban keluarga mangsa.. Semoga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah SWT..

Hargailah Orang Tua Kita..


KERANA DIA SEORANG AYAH 


[Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] 

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. 

"Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.

 Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, 

"Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. 

Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

oleh: Hamba Allah

# Copy Paste dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=391677330922641&set=a.326711354085906.74345.326705000753208&type=1

Bayaran BR1M 2.0 dibuat mulai Februari

Bayaran BR1M 2.0 dibuat mulai Februari - Ahmad Husni


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.


Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

AJL 27 pada 6 Januari 2013... Debaran semakin dirasai..



Tak sabar rasanya nak tunggu malam Anugerah Juara Lagu 27 yang akan berlangsung 6 Januari 2013. Rasanya tak terlewat lagi untuk pakcik ucapkan tahniah kepada semua 12 lagu, artis dan komposer yang layak ke AJL 27..



Idola – Azlan & the Typewriter
Pelangi Senja – Stacy
Patah Seribu – Shila Amzah
Terukir Di Bintang – Yuna
Tanpamu – Amir Jahari
Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
Ombak Rindu – Hafiz & Adira
Simetri – Hazama & Amy Seach
Lagu – Bedroom Santuary
Teman Pengganti – Black & RJ
Ku Akui – Hafiz
Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo

Aku Pencinta KEPUASAN Atas Usahaku !


Hargai diri anda diatas segala yang telah diusahakan..

Mungkin ada yang tidak faham tentang KEPUASAN !! Apakah erti kepuasan bagi mereka yang berhempas pulas untuk mendapatkannya.. Orang kaya yang telah berjaya, mereka berusaha keras untuk mencapai kedudukannya sekarang, sewajarnya mereka berhak memiliki apa yang mereka idamkan kerana ia adalah satu KEPUASAN !! 

Bukan mereka hendak menunjuk-nunjuk, tetapi ia adalah HADIAH buat diri mereka sendiri.. Di Saat orang lain sudah diulit mimpi, mereka masih sibuk bekerja, disaat orang lain bersembang kosong dikedai kopi, mereka masih duduk ber meeting.. Cara hidup mereka memang sangat berbeza..cara kerja mereka memang berlipat kali ganda !!

Janganlah nak dengki dengan kekayaan mereka, tak usahlah cemburu dengan apa yang mereka miliki, tak gunalah untuk mengata tentang mereka diatas kekayaan yang mereka miliki.. kerana mereka BERUSAHA KERAS untuk memilikinya.. Bukannya PERCUMA..

Allah SWT sangat ADIL pada mahluk-Nya.. Mereka yang berusaha akan diberi HASIL yang HEBAT..Berusahalah untuk memajukan diri untuk bangsa kita demi meningkatkan martabatkan agama ISLAM kita.. Berusaha mencari KEKAYAAN berlandaskan syariah Islam, dan jangan LUPAKAN tanggungjawab kita pada ALLAH SWT..

Pesananku Untuk Diriku...Aku Pencinta KEPUASAN Atas Usahaku !!

Jumaat, 4 Januari 2013

Virus Kencing Tikus | Air Terjun Puncak Janing Kedah Di Tutup

Salam Semua.. Kali ni pakcik nak share tentang Virus Kencing Tikus  yang sangat merbahaya kerana boleh membawa maut. Kalau korang nak tahu, pakcik ni memang suka mandi air terjun berbanding mandi pantai..Best sangat sebab sejuk dan tenang sangat.

Tapi semenjak kes virus kencing tikus ni berleluasa dan sangat serius sehingga boleh membawa maut, pakcik jadi sangat fobia kerana kita tak nampak virus ni.

Bayangkan ketika kita mandi atau main air di air terjun, kadang-kala kita boleh terminum air sungai tu..betul tak?? Secara tak langsung virus tu boleh masuk dalam tubuh badan kita.


Persoalannya kenapa baru sekarang wujud virus nie?? adakah kesilapan kita sebagai pengunjung dan mereka sebagai penjual makanan di kawasan air terjun berkenaan.

Tikus memang suka tempat yang kotor..maybe dengan sikap tak bertanggungjawab kita yang membuang sampah merata-rata menyebabkan tikus ini SERONOK hidup dikawasan air terjun ni..

So, kepada semua sahabat yang disayangi, buat sementara waktu ni tak perlulah buat xtvt di kawasan air terjun.. berwaspada sebelum terkena okay.. bye..

Adik Pakcik Bertunang 30 Dec 2012

Salam semua.. kali ni pakcik nak kongsikan cerita tentang Majlis Pertunangan Adik pakcik yang kedua akhir. Adik pakcik ni dapat orang Kuala Kubu Baharu..boleh tahan jugak jauhnya.. pakcik hanya sempat balik kerumah orang tua pada sehari sebelum majlis.

Malam tu pakcik takde lah buat apa-apa, sebab semuanya dah ready. Cuma tolong lekatkan set sudu di door gift jer..


 Keesokkan pagi, adik pakcik minta tolong hiaskan dulang hantaran dia. Haiyaa.. kata malam tadi semua dh ready.. terpaksalah pakcik, makcik dan kakak pakcik tolong gubahkan barang-barang untuk dijadikan hantaran..ermmm sabo jer lah.. ni lah hasilnya.

Hantaran 1 | Sireh Junjung

Hantaran 2 | Cup Cake

Hantaran 3 | Jam & Tali Pinggang

 Hantaran 4 | Wallet & Pen

Hantaran 5 | Buah-Buahan

.Hantaran 6 | Coklat

Hantaran 7 | Baju Kemeja

Siap jer menggubah hantaran ni, pakcik dan adik beradik lain siapkan tempat tetamu makan.. susun meja & kerusi.. Lap pinggan mangkuk, sediakan air cuci tangan.. nasib baik makanan semua tempah dgn catering, taklah kelam kabut sangat.

Tepat pukul 12.30pm, isteri pakcik start make up kan adik pakcik..isteri pakcik bukan seorang mak andam yer..tapi adik pakcik nak gak kakak iparnya make over muka dia nie.. huhuuhu.. tak tenang makcik asyik memikirkan colour apa yang sesuai untuk baju warna silver grey ni.. searching dalam internet..dapat gak idea..

Pakcik seperti biasa jadi tukang komen je lah.. korang rasa okay ker??


Adik kesayangan pakcik | Miss Niesya




Disebabkan kemalangan kecil ketika kecil dahulu, mata adik pakcik sepet sebelah.. Dia berkeras nak buat pembedahan untuk perbaiki matanya.. Namun kami memujuk agar tidak berbuat demikian kerana ini adalah ketentuan tuhan.. Terima seadanya, kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita..

Pakcik masukkan sikit gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan adik pakcik ni untuk kenangan kami sekeluarga..


Ketibaan rombongan dari pihak lelaki.. memang punctual !!


Cik Din selaku wakil dari keluarga kami..

 Hantaran dari pihak lelaki..

 Hantaran dari pihak perempuan.

 Makcik kepada Wan yang menyarungkan cincin..

Bergambar kenangan dengan kakak Wan & anak-anaknya.

Membaca doa selamat setelah semuanya selesai..Alhamdulillah

Time makan-makan..selamat menjamu selera !!

 Pakcik enjoy layan tetamu yang hadir..

 Suasana santai selepas menjamu selera..

 Dari kiri, aliyah (anak buah pakcik), cik zana, neneh aminah, cik lina, kak selly, belakangnya: kak nenney dan zishan.

 Selamat bertunang Nisa & Wan

 Bergambar kenangan dengan Ayah dan Umi

Bergambar se family lah yerr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...