Ahad, 6 Januari 2013

Skim Rumah Pertamaku - Had pendapatan RM5,000



5 Jan 2013 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri selepas had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan.

"Had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku naik kepada RM5,000 dari RM3,000. Lebih ramai rakyat patut mampu memiliki rumah sendiri," katanya menerusi laman sosial Twitternya, hari ini.

Semalam, Cagamas SRP Bhd. dalam kenyataan berkata, berkuatkuasa 1 Januari 2013 lalu, had pendapatan bagi memohon pinjaman Skim Rumah Pertamaku dinaikkan bagi membolehkan lebih ramai pembeli memiliki rumah.

Kata Cagamas, kenaikan tersebut merupakan satu daripada kriteria kelayakan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan Perdana Menteri dalam pengumuman Bajet 2013 baru-baru ini.

Dalam pada itu jelas Cagamas lagi, had pendapatan peminjam bersama pula dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan dengan syarat salah seorang peminjam tidak boleh berpendapatan lebih RM5,000 sebulan.

Tidak cukup dengan kenaikan itu, keperluan untuk menyertakan penyata bank bagi tempoh tiga bulan dan tempoh bekerja minimum selama enam bulan bagi peminjam bersama turut dihapuskan.

Selain itu, peminjam juga boleh mendapatkan pinjaman 100 peratus tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus dengan Cagamas bertindak selaku penjamin untuk 10 peratus nilai awal pinjaman di bawah skim tersebut.

Maklumat lanjut mengenai pinjaman boleh diperoleh di bank-bank terbabit atau layari laman web www.srp.com.my.


Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar akan ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu akan dimansuhkan berkuat kuasa dengan serta merta. Perubahan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.



Ciri-ciri dan Faedah Utama


Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

•Pembiayaan sehingga 100%  

•Harta kediaman sahaja


Kriteria Kelayakan


Peminjam/Pelanggan Yang Layak

•Warganegara Malaysia sahaja 

•Pembeli rumah pertama

•Individu berumur tidak lebih daripada 35 tahun

•Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada  RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)

•Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah


Harta Yang Layak

•Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia

•Nilai minimum hartanah RM100,000

•Nilai maksimum hartanah RM400,000

•Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)


Keperluan Pembiayaan

•Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 40 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan
•Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
•Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
•Insurans/takaful kebakaran diwajibkan



Bank-Bank Yang Terlibat Seperti Berikut :


Anda Anda Persoalan?? Klik disini untuk jawapan anda.

Pakcik doakan korang berjaya memiliki rumah PERTAMA korang okay !!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...