Selasa, 8 Januari 2013

Serangan Jantung Boleh Berlaku Bila-Bila Sahaja..

Salam Semua..


~ Gambar Hiasan ~

Pernah tak korang terfikir bagaimana sekiranya korang diserang sakit jantung !! tak kiralah sama ada serangan major or minor.. SERIUS memang sangat BAHAYA !!

Pakcik tengok secara LIVE didepan mata pakcik bagaimana penunggang motosikal secara tiba-tiba pengsan ketika memandu dan mengakibatkan beliau terjatuh dan terseret sejauh kira-kira 10meter..mujur ketika itu penunggang tersebut memandu tidak laju dan tiada kenderaan dibelakangnya.

Pakcik yang berada ditraffic light dari arah bertentangan terus cross kelorong sebelah untuk memberi bantuan. Kami sama-sama mengangkat mangsa yang pengsan  ke bahu jalan. Pakcik terus hubungi 999 untuk minta bantuan kecemasan.

Setelah beberapa minit, mangsa tersedar dan dalam keadaan bingung. Bila ditanya,dia mengadu sakit di dada. Pakcik meminta dia baring dan bertenang sementara ambulans datang.

Kita harus ambil iktibar okay..amalkan cara hidup sihat yer.. yang merokok tu, jom follow pakcik yang dh 3 bulan berhenti merokok ni.. kbye..





# Yang baju merah tu lah pakcik.. si kepoh..kikikiki

Tanda-tanda awal sakit jantung:

Berikut merupakan senarai tanda-tanda awal serangan sakit jantung yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada anda berkemungkinan mengalami serangan sakit jantung.

• Rasa susah nafas atau sesak nafas
• Rasa nyeri atau sakit yang pelik pada bahagian-bahagian badan seperti lengan,
bahu, punggung, mahupun gigi dan rahang.
• Rasa mual dan muntah-muntah
• Rasa sempit dan tertekan pada bahagian tengah ruang dada yang berterusan
untuk beberapa minit
• Berpeluh sejuk
• Pening kepala dan rasa hendak pengsan


Gejala serangan sakit jantung adalah berlainan di antara individu.

 Sebenarnya, kebanyakan serangan sakit jantung adalah berlainan daripada apa yang kita lihat di wayang filem. Terdapat juga orang yang melalui serangan sakit jantung tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda awal sakit jantung yang menyebabkan mereka meninggal dunia semasa tengah tidur.

Serangan sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sakit jantung yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi kebanyakannya kes adalah di mana mangsa tersebut dapat merasai tanda-tanda atau gejala awal tersebut lebih awal.

Apa Yang Perlu Lakukan Semasa Serangan Sakit Jantung?

Apabila seseorang itu mengalami sakit jantung, tindakan segera perlu diambil demi keselamatan nyawa mangsa.

Ramai mangsa sakit jantung mati akibat daripada lambat bertindak kerana mereka tidak mengenali tanda-tanda penting.

Sebaik sahaja anda rasa sesuatu yang pelik dan anda sangsi anda mungkin mengalami serangan
sakit jantung, jangan ragu-ragu, hubungi nombor kecemasan dengan segera untuk dapatkan bantuan perubatan ambulans.

Jika tiada perkhidmatan ambulans, JANGAN cuba bawa kereta ke hospital seorang diri. Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau jiran untuk hantar anda ke hospital berdekatan. Memandu semasa tengah mengalami serangan sakit jantung adalah sungguh berbahaya
kepada nyawa diri dan orang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...