Jumaat, 4 Januari 2013

Adik Pakcik Bertunang 30 Dec 2012

Salam semua.. kali ni pakcik nak kongsikan cerita tentang Majlis Pertunangan Adik pakcik yang kedua akhir. Adik pakcik ni dapat orang Kuala Kubu Baharu..boleh tahan jugak jauhnya.. pakcik hanya sempat balik kerumah orang tua pada sehari sebelum majlis.

Malam tu pakcik takde lah buat apa-apa, sebab semuanya dah ready. Cuma tolong lekatkan set sudu di door gift jer..


 Keesokkan pagi, adik pakcik minta tolong hiaskan dulang hantaran dia. Haiyaa.. kata malam tadi semua dh ready.. terpaksalah pakcik, makcik dan kakak pakcik tolong gubahkan barang-barang untuk dijadikan hantaran..ermmm sabo jer lah.. ni lah hasilnya.

Hantaran 1 | Sireh Junjung

Hantaran 2 | Cup Cake

Hantaran 3 | Jam & Tali Pinggang

 Hantaran 4 | Wallet & Pen

Hantaran 5 | Buah-Buahan

.Hantaran 6 | Coklat

Hantaran 7 | Baju Kemeja

Siap jer menggubah hantaran ni, pakcik dan adik beradik lain siapkan tempat tetamu makan.. susun meja & kerusi.. Lap pinggan mangkuk, sediakan air cuci tangan.. nasib baik makanan semua tempah dgn catering, taklah kelam kabut sangat.

Tepat pukul 12.30pm, isteri pakcik start make up kan adik pakcik..isteri pakcik bukan seorang mak andam yer..tapi adik pakcik nak gak kakak iparnya make over muka dia nie.. huhuuhu.. tak tenang makcik asyik memikirkan colour apa yang sesuai untuk baju warna silver grey ni.. searching dalam internet..dapat gak idea..

Pakcik seperti biasa jadi tukang komen je lah.. korang rasa okay ker??


Adik kesayangan pakcik | Miss Niesya




Disebabkan kemalangan kecil ketika kecil dahulu, mata adik pakcik sepet sebelah.. Dia berkeras nak buat pembedahan untuk perbaiki matanya.. Namun kami memujuk agar tidak berbuat demikian kerana ini adalah ketentuan tuhan.. Terima seadanya, kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita..

Pakcik masukkan sikit gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan adik pakcik ni untuk kenangan kami sekeluarga..


Ketibaan rombongan dari pihak lelaki.. memang punctual !!


Cik Din selaku wakil dari keluarga kami..

 Hantaran dari pihak lelaki..

 Hantaran dari pihak perempuan.

 Makcik kepada Wan yang menyarungkan cincin..

Bergambar kenangan dengan kakak Wan & anak-anaknya.

Membaca doa selamat setelah semuanya selesai..Alhamdulillah

Time makan-makan..selamat menjamu selera !!

 Pakcik enjoy layan tetamu yang hadir..

 Suasana santai selepas menjamu selera..

 Dari kiri, aliyah (anak buah pakcik), cik zana, neneh aminah, cik lina, kak selly, belakangnya: kak nenney dan zishan.

 Selamat bertunang Nisa & Wan

 Bergambar kenangan dengan Ayah dan Umi

Bergambar se family lah yerr..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...