Jumaat, 11 Januari 2013

WOW ..Uniknya Unit Trust !!



Uniknya Unit Trust !!



Baiklah, disini saya nak menerangkan kepada semua betapa uniknya pelaburan unit trust ini. Saya memang teruja untuk membongkarkan kepada anda semua tentang konsep pengumpulan unit ini. Sebab ramai yang tidak tahu apakah itu pelaburan Unit Trust ni..

Sebelum membaca saya nak anda pilih, jika anda diberi pilihan, jumlah wang mana yang anda nak?
a. RM6,000
b. RM15,000
P/S: Jika anda pilih jawapan a. Tak perlu baca nota ni.. TQ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bagi yang jawab b, selamat membaca okay..

Sebelum tu, saya nak tanya.. berapa ramai yang sudah tahu tentang simpanan Tabung Haji, Fixed Deposit, ASB dan lain-lain lagi?? Kalau korang dah faham baguslah.. senang sikit kerja saya.. (",)

Secara ringkasnya, setiap kali kita membuat simpanan didalam Bank untuk tempoh yang tertentu, pihak bank akan memberi pulangan (dividen) kepada semua penyimpan setiap tahun.. Banyak atau sikit dividen yang diterima bergantung kepada performance aktiviti pelaburan yang dibuat oleh pihak bank tersebut.

Ya !! pihak bank juga menggunakan duit simpanan kita untuk membuat pelaburan untuk menjana keuntungan..dan keuntungan itu akan diagihkan kepada kita sebagai dividen..Semakin banyak keuntungan dari pelaburan pihak bank, makin banyaklah dividen yang kita akan perolehi.. dan semakin lebarlah senyuman kita kan?? hehehehe..

Jadi apa bezanya simpanan biasa berbanding Unit trust??

Saya buat perbandingan mudah antara Pelaburan di bank A dan Pelaburan Dalam Unit Trust yerr..

****************************************
"Encik Ahmad mempunyai RM20,000.. Dia bercadang memasukkan separuh dari duitnya kedalam Bank A dan separuh lagi dalam pelaburan Unit Trust"

Perbandingan 1 : Pelaburan DI BANK A.

Encik Ahmad memasukkan RM10,000 di bank A dan beliau menyimpan selama 5 tahun. Diandaikan pihak bank memberi dividen 11% setahun selama 5 tahun berturut-turut.

Tahun 1 : 10,000 x 11% = 11,100
Tahun 2 : 11,100 x 11% = 12,321
Tahun 3 : 12,321 x 11% = 13,676
Tahun 4 : 13,676 x 11% = 15,180
Tahun 5 : 15,180 x 11% = 16,850

Setelah 5 Tahun, Encik Ahmad mengeluarkan kesemua wang simpanannya yang bernilai RM16,850.

Keseluruhan : RM16,850
Simpanan Asas: RM10,000
Keuntungan : RM6,850
Peningkatan selama 5 tahun : 68.50%

# Jelas tak dengan penerangan ini?

Perbandingan 2 : PELABURAN Di Unit Trust

Encik Ahmad memasukkan sebahagian lagi duitnya berjumlah RM10,000 kedalam Unit Trust. Ketika itu harga pasaran ialah RM0.25/unit dan beliau juga membiarkan pelaburannya selama 5 tahun. Di andaikan beliau memperolehi agihan tahun pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima sebanyak 3.7%,5.4%,5.1%,11% dan 18,4%.

RM10,000 @ RM0.25 seunit = 40,000 unit

Tahun 1 : 40,000 x 3.7% = 41,480
Tahun 2 : 41,480 x 5.4% = 43,720
Tahun 3 : 43,720 x 5.1% = 45,949
Tahun 4 : 45,949 x 11% = 51,003
Tahun 5 : 51,003 x 18.4% = 60,387

Setelah 5 tahun, Encik Ahmad menjual kesemua unit pelaburannya ,diandaikan pada waktu itu berharga RM0.4248 seunit.

Keseluruhan Unit : 60,387
Harga Seunit : RM0.4248 x 60,387 = RM25,652.40
Keseluruhan : RM25,652.40
Pelaburan Asas: RM10,000
Keuntungan : RM15,652.40
Peningkatan selama 5 tahun : 156%

# Jelas tak dengan penerangan ini?

KESIMPULANNYA: Dengan sejumlah wang yang sama iaitu RM10,000 kita mendapat 2 keuntungan yang berbeza .

Di Bank A kita peroleh untung sebanyak RM6,850
Di Unit Trust kita peroleh untung sebanyak RM15,652

Jika pilihan ditangan anda, Keuntungan mana yang anda suka?? Di Bank A atau Unit Trust??

****************************************

Apa yang menarik tentang pelaburan unit trust ini ialah kita boleh menikmati faedah dari dua cara iaitu:

1) Keuntungan dari agihan (distribution) setiap tahun (jika ada).
2) Keuntungan dari perbezaan harga seunit dari harga belian dan harga jualan.

Seperti dibank, pelaburan dalam unit trust juga mudah untuk dicairkan, sekiranya pelabur menjual unit mereka, hanya perlu tunggu 7 hari (termasuk sabtu dan ahad) untuk menerima cek mereka.

Kita mempunyai banyak cara untuk memulakan pelaburan kita dalam Unit Trust:
1. Secara tunai dengan pelaburan awal sebanyak RM1,000.
2. Melalui pengeluaran KWSP akaun 1.

Pelaburan Unit Trust merupakan pelaburan jangka panjang iaitu dari 3 tahun keatas. Makin lama anda melabur, makin banyak unit-unit terkumpul anda.

Setakat ini yang boleh saya kongsikan tentang Unit Trust.. mungkin boleh share pendapat anda di komen.. TQ \(",)/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...