Jumaat, 4 Januari 2013

Virus Kencing Tikus | Air Terjun Puncak Janing Kedah Di Tutup

Salam Semua.. Kali ni pakcik nak share tentang Virus Kencing Tikus  yang sangat merbahaya kerana boleh membawa maut. Kalau korang nak tahu, pakcik ni memang suka mandi air terjun berbanding mandi pantai..Best sangat sebab sejuk dan tenang sangat.

Tapi semenjak kes virus kencing tikus ni berleluasa dan sangat serius sehingga boleh membawa maut, pakcik jadi sangat fobia kerana kita tak nampak virus ni.

Bayangkan ketika kita mandi atau main air di air terjun, kadang-kala kita boleh terminum air sungai tu..betul tak?? Secara tak langsung virus tu boleh masuk dalam tubuh badan kita.


Persoalannya kenapa baru sekarang wujud virus nie?? adakah kesilapan kita sebagai pengunjung dan mereka sebagai penjual makanan di kawasan air terjun berkenaan.

Tikus memang suka tempat yang kotor..maybe dengan sikap tak bertanggungjawab kita yang membuang sampah merata-rata menyebabkan tikus ini SERONOK hidup dikawasan air terjun ni..

So, kepada semua sahabat yang disayangi, buat sementara waktu ni tak perlulah buat xtvt di kawasan air terjun.. berwaspada sebelum terkena okay.. bye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...