Jumaat, 4 Januari 2013

Al-Fatihah Buat Arwah Emak..

Meninggal Dunia Pada 5 Jan 2004

" Pada tahun 2004, ketika ini kami sekeluarga sibuk berulang-alik ke SJMC melawat arwah mak yang sedang koma akibat penyakit diabetes..Dan pada pagi 5 Jan 2004, doktor mengesahkan bahawa arwah emak sudah tiada harapan kerana sudah 4 hari bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.. 

Aku bersama ayah menemankan arwah emak menaiki ambulance menuju kerumah di Banting, kerana kami memutuskan agar pihak hospital mencabut oksigen arwah di rumah nanti..didalam hati berdoa agar berlaku keajaiban yang mungkin emak akan sedar secara tiba-tiba.. namun Allah telah menentukan segala-Nya..

Sambil di iringi kalimah syahadah, pihak hospital perlahan-lahan mencabut oksigen arwah emak sambil disaksikan oleh seluruh ahli keluarga dan sanak saudara.. Perasaan ketika itu sangat sedih, kami tidak menyangka akan kehilangan arwah emak yang disayangi.." 

******************************************************

Diam tak diam, arwah emak pakcik sudah 9 tahun meninggalkan kami semua. Terasa masih segar dalam ingatan semua memori bersama arwah ketika hayatnya. Arwah emak pakcik meninggal dunia akibat penyakit diabetes. 

Arwah emak pakcik seorang yang kuat bekerja untuk membantu ayah menyara kami 7 beradik. Kegigihan beliau untuk mencari rezeki membesarkan kami sehingga beliau sering terlupa untuk menjamah makanan.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa, bermulanya gastrik pada seseorang membawa kepada penyakit diabetes. Oleh itu sesibuk mana kita bekerja, jangan sesekali kita lupa untuk mengisi perut.. Paling penting jangan lupa breakfast !!

Ayah & Arwah Emak

Kehilangan seorang yang bergelar ibu dalam hidup kita memang memberi kesan yang sangat  mendalam. Kita akan rasa kehidupan kita sangat kosong dan hambar. Jika selama ini, ibu merupakan tempat untuk berkongsi segala suka dan duka, kini kita tidak lagi boleh berbuat demikian. 

Arwah emak merupakan seorang yang sangat-sangat tegas dalam mendidik anak. Memang sangat garang mendidik kami ketika kecil. Namun bila kami semua sudah masuk ke alam remaja, arwah emak lebih menganggap kami sebagai kawan. Banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. Memang best sangat !!

Pakcik tak nak mengimbau saat-saat kehilangan arwah emak kerana ianya sangat sedih.. Biarlah kenangan sedih itu tersimpan rapi dalam ingatan pakcik sahaja.. 

Al-Fatihah buat arwah emak, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah emak dan menempatkan didalam golongan roh orang-orang yang beriman. Aminn..aminn.. aminn ya rabbal alamin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...