Jumaat, 4 Januari 2013

Selamat Datang Ke Blog Pakcik...

Assalamualaikum Semua..

Terlebih dahulu pakcik ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sudi mengunjungi blog pakcik yang tak seberapa ni. Tujuan pakcik mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi buah fikiran pakcik tentang isu-isu semasa, agama dan kekeluargaan . Bukan untuk bergossip tau !! ianya sekadar untuk pengajaran dan iktibar..

"Ini Bukan Pakcik Yer... "

Sebelum tu, biarlah pakcik perkenalkan diri pakcik yang tak glamer langsung ni. Nama pakcik ialah Farid , lahir pada tahun 1978, berasal dari Banting Selangor. Pakcik sudah berumahtangga dengan pilihan hati dan sudah mempunyai seorang puteri. Suka menggelarkan diri sebagai pakcik kerana ia lebih santai dan tidak formal..

Pakcik & Family

Isteri Pakcik | Makcik Laili

Puteri Pakcik | Nur Dania Danisya

Inilah insan-insan yang pakcik sayangi dalam hidup pakcik. Mereka yang menguatkan semangat pakcik untuk meneruskan kehidupan di dunia ini yang penuh dengan ujian, dugaan dan cabaran. Kesemua gambar-gambar ini diambil ketika Aidilfitri 2012..pakcik pilih tema kuning.. Tak banyak koleksi gambar dengan Dania sebab dia dah tak suka didukung..nak main saja dengan sepupu-sepupu nya..

Berkenaan dengan kerjaya pakcik pula, pakcik seorang yang suka bekerja dengan pendapatan based on komisyen.. memang tak boleh bekerja dibawah orang lain.. tension kepala pakcik !!.. lebih bebas dan sangat flexible.. 

Setakat ni pakcik mempunyai 2 income dari kerja yang pakcik buat.. dan untuk tahun baru ni pakcik bercadang nak tambah lagi 2 cabang perniagaan supaya dapat 4 income sebulan.. wow!! macam tamak jer pakcik ni.. Bukan tamak dik oiii.. bila dah kerja makan komisyen ni, kena rajin sikit..kalau tidak, tak cukup nak bayar hutang sana-sini..

Rasanya cukup dulu info tentang latar belakang pakcik.. yang sudi membaca sampai habis ni, pakcik ucapkan terima kasih banyak la yerr... sayang korang semua !! kbye..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...